Menantu Cik Semah

Nyte all....Dari tadi Shira duk kat ruangtamu melayani drama melayu "MENANTU CIK SEMAH" yang disiarkan di tv2..Kenapa dngn drama ney? Xderk ape2...Cuma Shira suka dengan watak Zamarul Hisham yang memegang watak sebagai Fadhly...Seorang lelaki yang lembut dan digelar anak emak ney.Bila tengok Zamarul Hisham macam tu comel plak rasanya...Jarang2 kite tgk Zamarul memegang watak sebegitu...Eh yer ker? Ke aku yang x perasan...Lalalala....
Alkisah citer Menantu Cik Semah ney mengisahkan Cik Semah lakonan Norlia Ghani mempunyai 2 orang menantu lelaki yang mempunyai kepakaran memasak asam pedas sepertinya. Bila giliran Fadhly, Cik Semah mahu anaknya itu dijodohkan dengan Yang Jamilah lakonan Hani Harmy anak kepada Cheff Ismail itu. Fadhly yang jatuh cinta dengan cucu Baba Nyonya bernama Janet. Namun, percintaan antara Fadhly dan Janet di hentam teruk oleh Cik Semah gara2 pengakuan ikhlas Janet yang tidak tahu memasak apatah lagi memasak Asam Pedas. Kerana itu, Cik Semah memilih Yang Jamilah sebagai menantunya namun anak2 dan menantu lelakinya memprotes tindakan Cik Semah. Gara-gara tindakan Cik Semah, Fadhly jatuh sakit dan mengurung dirinya di dalam bilik. Kerana kasihan kan anaknya itu, Cik Semah mahu mencabar Janet dan Yang Jamilah dalam pertandingan memasak Asam Pedas. Yang Jamilah yang terlebih dahulu menyetujuinya kerana dia tahu Janet tidak akan mampu namun begitu Janet juga mengambil cabaran tersebut. Kerana malu akibat dihentam oleh Cik Semah, Janet pulang ke kampungnya di Melaka dan belajar memasak Asam Pedas selama sebulan bersama neneknya. Tiba hari pertandingan, Janet berusaha menambat hati juri dengan masakannya itu namun Cik Semah masih ragu dengan kebolehannya itu. Setelah Janet diumumkan sebagai pemenang, Janet mengakui masakannya itu bukan untuk dia merebut Fadhly dari Cik Semah mahupun Yang Jamilah namun dia malu dengan kata2 yang dilemparkan oleh Cik Semah dahulu. Akibat itu, Cik Semah menanggung malu dan dia berusaha mencari Janet kembali untuk dijadikan menantu...

Prghhh punya la aku tonton cerita ney siap boleh citer satu2 dlm entry ney...Hahaha...So, itu je lah cerita Menantu Cik Semah...Ada baiknya cerita ney, iyalah sebagai perempuan baik melayu, cina dan india, seseorang itu haruslah pandai untuk menyediakan masakan pada keluarga dan tetamu. Alasan berkerjaya tidak dterima..Hmm...Jujur? Adakah anda tergolong dalam perempuan yang pandai memasak? Kalau jawapan saya, maaf saya tidak berada di dalam golongan itu. Memasak untuk mulut sy sendiri mungkin boleh tapi untuk menyediakan pada seratus mulut orang lain tak mungkin. Kan?






Photobucket