KL Gangster Terbaik Wookkkkk


Eh eh hari ney nk cerita psal filem KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusof...Alaaa anak Dato Yusof Haslam yang handsome lagi kacak tu...Hehehe..
Okay cerita ney mengisarkan Aaron Aziz memegang watak sebagai Malek baru sahaja dilepaskan dari penjara selama lima tahun di atas kesalahan merompak. Dia yang bekerja di bawah Taiko bernama King lakonan Redzuan Hashim. Sebelum ditangkap polis, Malek bersama Jai lakonan Adi Putra masing-masing bekerja dengan King. Namun, kemunculan Syamsul sebagai Shark yang merupakan anak tiri King mula mencetuskan konflik. Shark memerangkap Malek sehingga beliau diberkas oleh mata-mata. Setelah keluar dari penjara, ramai gangster-gangster besar mula mencarinya untuk bekerja kembali. Antaranya King dan Shark. Namun, ditolak oleh Malek memandangkan beliau sudah 'cuci tangan' dari melakukan kegiatan tersebut.
Dalam keadaan Malek yang sedaya upaya melarikan diri daripada kembali ke alam gangster makin banyak konflik yang diadakan oleh Shark. Salah satu babak yang sehingga kini saya terasa apabila Shark menolak ibu Malek yang baru usai bersolat. Dan babak AbangLong Fadil lakonan Zizan yang cuba membantu ibu Malek namun ditikam oleh Shark.
Konflik adik beradik Jai, Zati dan Shark. Saya suka plot ney sebab tak meleret2 dan fahamlah saya mengapa Zati terutamanya menjadi begitu. Itu kerana kegagalan Malek membentuk adik beradiknya dan ketika Malek dipenjara bagaimana Zati yang terpaksa bersusahan kerana terpaksa berdepan dengan musuh2 Malek.
Kelebihan cerita ney, keakraban antara Ajib lakonan Shoffi Jikan dengan Malek. Walaupun Ajib bekerja di bawah Dragon lakonan Adam Corrie dia tetap tidak lupa untuk membantu Malek. Berbanding Jai yang lebih bersikap mementingkan diri sendiri walhal Malek itu adalah abang kandungnya.
Kebencian Shark pada ayah tirinya, King. Ini kerana masalah antara ibu dan ayah tirinya.
Cerita ney x banyak flashback yang menderet2, bersyahdu-syahdan...Dari permulaan cerita sehinggan pengakhiran, dapat saksikan aksi -aksi pergaduhan sama ada di kelab malam mahupun di kota metropolitan, Kuala Lumpur.
Serius, suka tengok kelab malam yang menjadi port penting buat King mahupun Dragon..Cantik..Ehh cantik plak...Latar belakang kelab malam yang mewah..Malaysia ada ke kelab malam yang mewah?
Rasanya, wajarlah fiem ini diberikan 5 star. Anda setuju dengan kata2 saya?











:face20: