Kesedihan dan Kegembiraan.....





Segalanya terjadi pada hari Rabu yang lalu. Gembira bukan kepalang untuk meraikan kejayaan adik kedua aku yang konvo pada hari tersebut. Tapi, malangnya berita gembira itu disampaikan dengan berita kesedihan yang sedikit sebanyak merobek hati aku yang sebenarnya.

'Dia' lelaki yang aku sayang dari waktu aku kecik lagi. 'Dia' seperti ahli keluarga ku sendiri. 'Dia' yang baru aku temu awal bulan tiga yang lalu. 'Dia' yang melayani aku seperti anak sendiri. Pttnya aku melawat 'Dia' sabtu dua minggu lalu. Tapi, alasan aku letih sebab baru selesai majlis Laksa-laksa Fest. Dan rabu yang lalu penyesalan terasa di lubuk hati aku. Sedih dan kecewa itu yang mampu aku tafsirkan. Cadangnya, selepas konvo kakngah nak ke hospital Kuala Lumpur namun 'Dia' pergi dahulu sebelum aku sempat menemuinya. Aku nangis tapi dalam hati. Teringin nak pergi ke Melaka tapi sekali lagi hajat tak tercapai. Tak taw nak kata apa....Siapa dia? Dia ialah En Azmi dari Melaka. Kenalan abah dan mama masa tinggal di Dungun dulu. Aku memanggilnya Cik Mi...Cik Mi dan isterinya, Cik Zah mmg rapat dengan aku. Merekalah yang memanggil aku IRA...Sampai nenek pun masih ingat kat aku waktu aku melawat keluarga mereka lima bulan yang lalu.Tapi, kini hanya kenangan arwah bersama keluarga sahaja yang dapat aku ingati. Al-Fatihah buat arwah Cik Mi. Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang beriman. Amin....

Alhamdulillah, adik kedua aku telah berjaya menamatkan pelajarannya selama tiga tahun menuntut di Universiti Malaya. Rabu lalu dia telah pun berjaya mengenggam ijazah tersebut. Tahniah buat adikku.