KISAH SEDIH DLM HIDUPKU

Selasa lepas aku telah menjalani ujian pemanduan jalan raya di Dungun. Bermula dengan kesilapan yang terdapat pada nombor giliran menambahkan kegemuruhan di dada. Secara tiba-tiba nama aku disebut untuk ujian bukit. Satu mende yang memang aku failed setiap kali latihan diadakan. Melihat muka JPJ yg agak serius sekali aku terasa macam terbang ke langit. Serta-merta je aku kena turun dr bukit. Ujian lalu lintas sekaligus membuat benteng air mata aku runtuh secara tiba-tiba. Memang satu mende yang membuat aku terasa gila. Berhari aku menangis dan sengaja aku menyuruh mama datang ambil lewat walhal aku siap awal. Huh.....