MAAFKAN SAYA, AWAK BUKAN UNTUK SAYA.

Awak,
Dahulu saya adalah perempuan yang paling bertuah memiliki awak.
Awak lelaki yang terbaik dalam hidup saya.
Kita pasangan terhebat
Kita pasangan yang paling romantic
Semua orang puji , bertuahnya saya dapat memiliki lelaki seperti awak.
Kacak, kaya dan bijak.
Pakej yang lengkap.

Awak,
Perkenalan hampir 2 tahun membawa kita ke jinjang pelamin.
Biru laut tema perkahwinan kita.
Kita berarak membonceng motor vespa.
Tiba-tiba ada pakcik jual ais krim.
Semua pakat beli ais krim.
Atas pelamin kita bergambar menyuap aiskrim.
Saya senyum sepanjang masa.

Awak,
Bulan pertama perkahwinan kita saya sudah mula nampak perubahan dalam diri awak.
Awak sudah mula menjauhkan diri awak.
Sarapan pagi tak pernah awak jamah.
Bila tengahari telefon awak ditutupkan.
Malam pukul satu baru awak sampai rumah.
Bila saya tanya awak beri alasan sibuk.
Dalam hati saya tertanya betul ke awak sibuk?

Awak,
Semakin hari semakin awak menjauhkan diri.
Pening memikirkan di manakah silap saya?
Mama mula bising tanya dah ada isi ke belum?
Saya terfikir, pernah ke awak menyentuh saya sejak malam perkahwinan kita tu?
Owh baru saya teringat malam perkahwinan kita hanya diisi dengan berbual dan membelek album awak ketika di Los Angeles.
Saya tertidur.
Dan sejak itu, awak tak pernah sentuh saya.
Salah saya ke?


Awak,
Hari itu awak balik dan kemaskan pakaian.
Saya tanya awak nak pergi mana?
Awak jawab ada kursus di Cherating.
Saya tolong kemaskan pakaian awak.
Tiada apa yang pelik dalam beg itu.
Saya hantar awak depan pintu.
Dan awak hanya memandang sekilas lalu.

Awak,
Hari ni hari kelima awak berada di Cherating.
Satu panggilan pun tak ada.
Saya tertanya-tanya khabar awak.
Dan di saat saya mula memikirkan di manakah awak.
Sepupu saya telefon dan mengatakan romantik sungguh saya dan awak.
Berduaan di pantai.
Berbulan madu lagi ke?
Soalan yang menyesakkan fikiran saya.
Awak bersama siapa?

Awak,
Saat itu saya mula memandu laju menuju ke Cherating.
Saya mencari awak bersama beberapa kawan baik awak.
Sebaik tiba saya menuju ke pantai.
Air mata saya gugur satu persatu.
Awak dan dia mesra sekali.
Di depan mata saya.
Saya nampak awak cium dia.
Tanpa sedar, kaki saya melangkah satu-persatu menuju ke arah awak.
Dan awak kaget.

Awak,
Pilunya hati bila saya tanya siapa dia.
Sewenangnya awak menjawab dia isteri kedua awak.
Saya terjelopok di atas pasir pantai.
Air mata saya menitis lagi.
Saya tanya sejak bila?
Sejak minggu kedua perkahwinan kita.
Awak dan dia terlanjur waktu majlis akad nikah kita.
Patutlah hari akad nikah kita awak lambat.
Wajah awak nampak letih.
Rupanya awak dan dia….
Awak kata ini bukan kali pertama.
Luruh hati dan jiwa saya.
Tergamak awak melakukan begini pada saya.

Awak,
Saya dah penat memikirkan tentang awak.
Perkahwinan kita selama setahun ini hanyalah kepuraan belaka.
Sejak peristiwa itu, awak meminta dirahsiakan.
Dan awak tak mahu lepaskan saya.
Awak minta untuk tempoh setahun ini.
Dan saya terpaksa.
Depan keluarga kita pura-pura bahagia.
Sedihnya hati hanya tuhan je yang tahu.

Awak,
Satu hari saya terjumpa kakak isteri kedua awak.
Dia datang marah dan memaki saya.
Saya malu sangat.
Bukan saya yang rampas awak.
Dan entah macam mana.
Saya terjatuh dan yang saya tahu saya di hospital selama tiga bulan setengah.
Saya dengar awak menangis.
Saya dengar mama dan papa saya marahkan awak.
Saya dengar kawan-kawan awak pukul awak.
Saya dengar suara isteri kedua awak.
Saya dengar awak dah ceraikan dia.
Saya dengar suara baby di telinga saya.
Tapi, saya tidak mampu untuk bersuara.
Airmata sahaja yang mengalir.
Antara sedar dan tidak, saya terdengar dua suara yang berbisik di telinga saya.
Satu meminta saya kuat dan tabah.
Merayu supaya sedar kerana ada yang memerlukan awak.
Dan satu lagi meminta saya menyerah kalah.
Kenapa saya yang perlu menjaga anak awak dan dia.

Awak,
Di kala saya hampir menyerah kalah.
Saya kuatkan semangat untuk menatap wajah anak awak dan dia.
Di saat saya mencelikkan mata.
Wajah Fitri yang berada di hadapan mata saya.
Dia lelaki pertama yang menyintai dan menyayangi saya.
Dia yang sentiasa menjaga saya.
Hampir setiap malam saya terdengar alunan suara membaca zikir dan ayat-ayat Al-Quran.
Mendendangkan lagu kegemaran saya.
Membaca helaian demi helaian majalah dan novel .
Katanya, edisi terbaru.

Awak,
Saya sudah sembuh sepenuhnya.
Saya sengaja suruh mama masak banyak-banyak.
Ada kejutan untuk semua.
Awak datang bersama anak awak.
Hari ni anak kecil tu merengek nak saya dukung.
Tapi, saya tak layan.
Bila di hadapan awak dan keluarga.
Baru saya mengendongnya.
Tapi, dalam hati saya menyampah.
Walaupun dia cantik dan bijak.
Saya tetap tidak sukakannya.

Awak,
Ini surat terakhir saya.
Sampul surat coklat saya serahkan pada awak.
Awak nampak sugul.
Dan memandang saya.
Semua ternanti-nanti apakah isi surat itu.
Ya..saya mahu awak ceraikan saya.
Sebab saya tahu awak lagi menipu saya dan keluarga kita.
Awak beritahu mereka ini anak angkat kita berdua.
Awak langsung tak ceritakan perihal isteri kedua awak.
Awak ceraikan dia kerna terpaksa.
Awak tak berlaku jujur pada saya.
Dan awak mula bercerita satu persatu di hadapan mereka.
Mama awak menangis dan papa awak mula menampar awak.
Saya cuma minta dilepaskan.
Saat awak bertengkar saya mula mengatur langkah.
Anak kecil itu saya tinggalkan sendirian.
Saya terdengar awak menjerit nama saya.
Saya menoleh ke arah awak.
Saya terdengar bunyi brek kereta dan hanya memandang.
Saya Nampak awak berlari dan memangku kepala saya.
Saya dengar papa suruh telefon ambulans.
Dan hanya memandang awak.
Awak, saya bukan untuk awak.
Maafkan saya.
Awak menangis dan anak awak menyapu darah di wajah saya.
Saya dengar dia panggil saya mama.
Baiknya dia tapi maafkan saya…………..