Sungguh Aku Tension!

Hari ni first day aku belajar kereta menggunakan jalan raya. Sememangnya aku memang x tahu bab2 kereta ney....Aku x tahu bile kena tukar gear, ms mana nk kena tekan minyak dll...Dan dia sebagai cikgu seharusnya dia bersikap profesional dan tenang mengajar aku. Ney dia marah dengan aku skali naik marah. Aku mmg x pnh amek tahu psl kereta. Lumba kereta dlm ps2 mmg aku terror + power = senang kata mmg hebat lol. Tp, dlm keadaan realiti seharusnya dia kena faham situasi aku. Dia x boleh sewenang2nya downkan semangat aku. Belum keluar pintu pagar WIMOZAD dah start membebel belum lagi kuar dari jalan Tok Kah mmg aku sesak nafas. Betul aku pun silap dah sewajarnya aku mmg silap sbb mmg aku x tahu. Lain laa aku mmg dah jaguh bawa kereta.

Entah kadang-kadang aku memang tension dengan layanan yang diberikan. So, x heran laa kalau aku jatuh menghadap bumi sbb memang aku rasa aku dah pressure tahap muntah lava yang nak mencurah bumi. So, aku x thu mcm mana nak fikirkannya. Setiap malam sebelum tidur mmg aku terfikirkan mcm mana aku nak buat kaklong x marahkan aku namun setiap kali itu aku failed. Dan kadang-kadang terbawa dalam mimpi aku gagal dalam ujian lalu lintas. Sedey aku setiap kali memikirkannya. Sebab tu aku pressure giler.

Hanya tuhan jer yang tahu betapa aku terpaksa menghadapi tekanan seorang diri walaupun aku tahu mujur aku masih ada Mr Marshuin, B-dollz, Wan, Boy, Kid dam Mah fui yang memberikan aku semangat dalam menghadapi hari-hari yang menyesakkan dan merunsingkan fikiran aku. . Tp, aku masih lagi berdebar dan takut. Bukannya takut untuk memandu takut dengan pengajar yang mengajar mengikut mood. Ikut sesuka hati bile nak marah dan bile nak sejuk. Haru sungguh.