Lawak La Mr Marshuin

Sungguh aku x sangka Mr Marshuin jeles psl aku. Lawak antarabangsa bile MrMarshuin persoalkan pada aku tentang seorang lelaki. Huhu...Ada yang tanya aku siapa Mr Marshuin. Meh sini aku citerkan.

Dia adalah seorang lelaki yang baik lagi penyayang, pengasih dan mengambil berat. Dia lelaki yang dilahirkan di Kuala Lumpur, berusia 26 tahun. 4 June 2010 genap 10 tahun persahabatan aku dengan dia. Dia ialah Wan Khairizal Wan Yusof. Aku kenal masa tuisyen dulu. Masa tu aku bru form 3 dan dia form 5..Aku kenal melalui kawan-2 jugak. Hubungan 10 tahun pelbagai cabaran,dugaan, rajuk dan tangis serta tawa dan senyum. Dia seorang lelaki yang penyabar. Walaupun seribu karenah dia tetap layan dngn baik dan ikhlas. Aku buat perangai dia masih kat sebelah aku. Aku susah hati dia masih di situ dan pelbagai yang ditempuhi dia masih setia menanti.

Dia merupakan kawan lelaki terbaik yang pernah aku kenali. Cuma dia yg mampu mengawal diri aku. Dia tahu mana silap aku. Dia tahu mana marah aku. Dia tahu mana rajuk aku. Dia tahu segalanya. Walaupun jauh berbatu dia masih lagi setia di sisi. Pernah aku merajuk dngn dia sebulan tp dia masih bijak mengawal emosi aku. Dan akhirnya kemarahan dan rajukku hilang begitu sahaja. Dia tahu siapa aku.