Keseronokan Bercuti Di Melaka dan Kisah En Halim????

Percutian 2 hari ke Melaka meninggalkan satu kesan dalam diri aku. Kesan apa? Kesan yg mcm2 kesan...Haha....Akhirnya kerja aku tidak jadi sia2 walaupun harus aku akui yg sebenarnya aku bergantung seratus peratus cadangan atau pendapat dari En Halim. Sepanjang program kami di Melaka En Halim yg aturkan dan aku cuma mengikut pendapatnya sahaja.

Hari pertama kami di sana diuji dengan ketiadaan air di asrama yg sediakan. Aku x kisah pun bab tu wpun terpaksa mandi kerbau je...X perlah janji Happy. Makan malam dengan asam pedas adalah saat yang paling aku tunggu. Memang aku excited gile dapat makan asam pedas yg disediakan oleh Che Add dan tak lupe Che Add menyampaikan beberapa pantun buat kami. Yg lucunya Che Add cekup dua2 anak pengerusi..Lawakkan..Aku dan Nina memang lucky day la sbb kena cekup dengan Che Add...

Malam tu kami jalan2 di Bandar Hilir. Naik Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise. Lawak arr Bahri rupenyer takut tggi. Pucat lesi muka dia..Kwang kwang...Seterusnya naik Melaka River Cruise...Gatal nk duduk depan bot sngt sekali air menyimbah.. Basah seluar...Padan muka...Tak kisah la seluar basah ke apa ke janji seronok. Pkl 12 lebih baru balik bilik. Disebabkan dah ada air aku x kira mandi yg penting....Ramai org cakap tak baik mandi malam nnt paru2 berair...Tak kisahlah janji bersih dan segar. Tp, malam tu awal2 aku kena usik...Cik Yah laa punya pasal kecoh satu company. Kisahnya, Cik Yah berbual dngn mak En. Halim dan katanya Cik Yah, mak En Halim nak kenal aku... Wahh, jatuh babe rahang gigi aku. Rs mcm dah berputar2 kepala aku. X bnyk fikir aku pun tayer la naper? Sebab aku anak dara yg telefon anak teruna yg bernama Halim Abdul Majid. Mak aii, sekali lagi rs rahang gigi aku nk jatuh bukan setakat tu jer jantung aku rs dah tercabut terus. "En Halim org bujang ke?" Soalan yg bertindak keluar terus dr mulut aku. Dan Puan Hajjah Miskiah tersenyum.

Aku mcm tak percaya. Terdiam aku dalam jangka masa beberapa minit. Hua hua malunya aku!!Kalau aku tahu En Halim org bujang xderknya aku call banyak2 kali...Aduiii malu semalu malunya....Memang aku malu. Tak banyak tayer aku terus pergi ke katil tutup muka aku dngn kain hitam. Terdiam aku seketika. Member yg telefon pun diaorg kata En Halim. Da sudah....Arghh tidak!!!! Pastu aku x kira terus je aku pejam mata wpun otak aku masih tertanya2...

Tepat pkl 5 pagi aku dah terkejut dari tidur. Tak fikir panjang aku capai tuala dan terus mandi. Org mcm terkejut je aku mandi awal gile. Yg sebenarnya aku takut + berdebar = seramAku takut nak berdepan dengan En Halim...Aku malu sebenarnya. Kalau btl Cik Yah kata mak En Halim nk kenal aku waktu tu mmg aku dah hilang punca dan arah. Semuanya dah berserabut. Rs nk nangis jer. Makan pagi kami di Krt Taman Datuk Haji Abdul Aziz. Diaorg semua duk sok sek psl aku dan En Halim. Nak tak nak aku terpaksa bawa diri masuk kelas tabika. Layan budak2 yg sebenarnya aku rs dah nangis yg amat sngt. Mmg aku terasa memerlukan Mr Marshuin ms tu. Hanya tuhan je yg tahu. Walaupun segirang dan sebanyak mana pun ukiran senyum aku hulurkan yg sebenarnya aku nak lari jauh2 dari tempat tu. Takilimat yg diberikan masuk telinga kiri dan kuar telinga kanan. Aku tahu ada mata2, mulut dan telinga yg sedang memerhatikan aku dan En Halim. Aduii mmg parah giler.

Sessi lawatan ke Projek tempe, dodol dan Pantai Siring aku lawati dngn penuh rs kagum. Kat Terengganu ada ke mcm ney? Entah.... Tapi, dalam tu pun sempat jugak usik aku. Nasib r... Sesi petang pulak bersama dengan Yb Datuk Ghazale Muhamad. Best r datuk ney. Mesra dan peramah. Sesi bergambar petang lagi teruk aku terkena dan dikenakan. Org sana pun mcm tahu je hal aku dan En Halim. Luruh semangat aku. Dan ustaz pun boleh mengenakan aku. "Cik dan En ni boleh panjangkan lagi"...Aduii, aku nk je lari cpt2 tapi x kan laa...Malu bile En Halim citer kat Datuk aku call die pkl 8 pg...Tgh tidur lagi tu...Mana laa aku tahu...Maaf la en Halim saya x tahu. Pengerusi pun mcm sama mengenakan aku.

Naik bas teruk aku terkena. Alang2 org dah bergosip psl aku ngan En Halim aku bg laa lagi panas. Daiorg kata Krt Taman Datuk Haji Abdul Aziz nk datang bulan 5 dngn 2 buah bas. Satu bas lawatan dan satu bas rombongan. Bas rombongan merisik..Aku pun selamba jawab silalah..alang2 dua2 bujang baik aku bagi gempak lagi.

Dan walaupun kisah tu dah 2 hr berlalu namun masih ada yang bertanya. Hari ni ade yg bertanya...Waaa.....wa....nak nangis....Sedih aku!