Antara Kesabaran dan Kegeraman.

Actually aku x tahu mcm mana nk mulakan cerita ini tp biarlah hanya dengan ini yg dapat menenangkan dan mententeramkan hati aku. Kisah mengenai nenek aku. Bukan niat aku nk perkecilkan atau mengutuk dia tp aku nk korunk cuba faham apa yang aku rs.

Sejak kecik smpi umur aku 24 tahun ni mmg aku x pnh rapat dngn nenek sebelah ayah aku. Mmg antara aku dan dia tak pernah ada rs hubungan kekeluargaan. Since my mum mengandungkan aku, mama aku cerita nenek aku x maw tolong dia waktu itu. Mungkin disebabkan itu aku xpernah rs sayang pada dia. Bila aku dah semakin meningkat usia setiap kali aku balik ke kampung dia x pernah memberi layanan yg baik dan mmg jarang sekalipun ada di rumah.

Bermacam-mcm perkara yang berlaku dan salah satunya bila usianya yg semakin meningkat dan semakin nyanyuk ini. Aku x kisah kalau dia merapu sebab dia nyanyuk tp ini tak. Dalam ramai2 anak yang dia ada ayah aku paling jarang dia sebut dan setiap kali itu dia ungkit ayah aku tak pernah datang jenguk dia walaupun sekarang dia berada di rumah aku.

Selama ini mmg aku x pernah kisah sehinggalah hari ini tahap kesabaran aku dah melampau. Dia punyalah marah dengan mama aku sampai sanggup dia kata "selagi x hbs duit secekak kat tangan selagi tu mama aku x balik rumah". Keciknya hati aku hanya tuhan je yang tahu. Pastu dia melalut sebut anak kesayangan dia,menantu kesayangan dia dan cucu kesayangan dia. Padahal yg berhabis jaga siang dan malam mama aku. Mama aku sedaya upaya nak jaga hati mak mertuanya. Keluarga sebelah mama aku xderk sorg pun yg cucuk mama jd menantu yg kurang ajar.

Sehinggalah dia mengarut yg xderk anak2 yg jaga dia dan mcm2. Dan pertama kali aku tgk muka mama frust dengan kata2 dia. Dan x heranlah dulu abah aku pernah menitiskan airmata sebab dia. Mmg aku sedih.