Di Sebalik Fever Attack!

hari yang mencabar keimanan ku.......kepala pening...tekak sakit...mata dah mula berair...hidung pun dah mula kemerahan....badan pun dah mula panas sejuk.....sengal2 badan pun dah datang....dgn keadaan cuaca panas.....menahan ketidakselesaan diri.....

Tanda2 'fever attack'. Dengan program yg akan datang menambahkan lagi kerungsingan dan pening kepala aku. Semakin hari semakin kusut kepala aku memikirkannya. Aku nak semuanya nampak perfect. Satu impian aku biarlah hasil kerja aku menjadi kebanggaan orang tuaku. Dah banyak sangat program yg aku lalui dan sertai tapi kali ini ia adalah yang terbesar buatku. Pergorbanan terbesar dariku. Pergorbanan yang menuntut aku berjaga siang dan malam, membuat kertas kerja, menelefon orang sana-sini. Walaupun orang tengok mcm senang tapi hakikatnya hanya Tuhan je yg tahu.

Dengan 'fever attack' yang melanda diriku ini membuatkan aku dah x larat nk fikir mcm mana nk memenuhkan bas. Dan bagaikan ada keajaiban di sebalik fever acttack ini, Cikgu Da dan Cikgu Wan bersetuju nak ikut serta rombongan. Gumbiranya hati.