Anak Perangai Macam Setan Mak Masih Lagi Mengharap

Semalam ada seorang perempuan telefon ayah aku nak pinjam duit untuk jamin anaknya yang berusia 15 tahun kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di Kerteh. Budak berusia 15 tahun ni memang menjadi kebencian pada aku sebab aku kesian dekat mak dia. Dahlah anak perangai macam tu bapak dia lagi lah. Sejak usia dia 12 tahun lagi aku dah seringkali mendengar perihal budak perempuan ni.Dengan x malunya selamba je melakukan maksiat tempat terbuka. Dah berapa ramai orang yang menangkap budak ni tp seringkali dilepaskan. Dan kali ini mak dia masih lagi nak menjamin anaknya wpun mak aku dah bg nasihat supaya dia dihantar ke pusat pemulihan akhlak tapi maknya x maw. Alasannya dia nak anaknya dinikahkan dengan laki tu. Tp, kalau dah anak perangai macam setan lelaki tu apatah lagi. Memang geram sungguh aku dgr. Mak hr2 menangis risaukan anak dia. Si ayah katanya mahu kawen satu lagi walaupun hidup melarat tp still nk tambah satu lagi. Hutang ayah aku pun x berbayar. Dan sekarang dah ada berkenan dengan anak dara muda pulak. Hari tu anak dara tua ni muda... Bengong