Majlis Resepsi Perkahwinan Haqer n Wife

Lucky and bad day...Lucky cz dpt pergi kenduri Haqer di Rumbia Resort..Sempat la juper Auntie Kasmah, Uncle Ismail, Ann ngan Naim tp sayangnya x smpt nk tggu Haqer ngan wife bersanding..Arghh frustnya!! Mati2 ingt bersanding pkl 12....dah rugi...sedeynya....(EN.HAQER, ACI BERSANDING SEKALI LAGI X?) hu hu...

Aper nk buat laa nasib....Kite review je laa pic Haqer nnt...sedey tetap sedey cz dh beriya nk pergi..Hua hua hua....

Sakitnya Jerawat.....

Info mengenai jerawat. Sebenarnya bukan aku rajin sngt pun nk cr bahan ujikaji tentang jerawat ni tapi disebabkan aku terlalu sakit dan menahan kesakitan yg amat menyakitkan itu adalah sesuatu yang aku rs eiii geramnya. Dan tadi aku pun buat la facial dan minta Cik Dah 'owner facial' tu utk membuang jerawat yg membesar di hujung keningku itu. Dan akibatnya memancutla darah dan nanah yg keluar. Sakitnya!!!!Hanya tuhan je yg tahu. Menitis airmata ku menahan kesakitan. Nanah yg keluar tu teramat la busuk dan yg x tahannya keluar dengan air bisa sekali. Itu pun Cik Dah itu sarankan datang sekali lagi utk membuang nanah dalam yg terkandung di sebalik air bisa itu. Arghhh sakit, sakit dan teramat la sakit. So, nak tak nak terpaksa la aku merajinkan diri untuk research pasal jerawat ini. Lalala~ walaupun aku terpaksa menahan kesakitan. Kesiankan aku kan!

Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal\

Metodologi kemunculan jerawat

• Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintil putih (white head) dan bintik hitam (black head).Apabila bintil-bintil putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head).Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar.Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.

• Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.

• Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.

• Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.

• Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
[sunting] Jenis-jenis jerawat

• Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

• Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat(black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.

• Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.
[sunting] Punca Jerawat

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
[sunting] Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:

* Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertektur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai alternative dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.

* Penggunaan skrub wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan skrub wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam Liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan skrub wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan skrub wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.

* Mencuci kulit dengan skrub wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.

* Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda!

* Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran Sinar UV (Ultraviolet) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.

* Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan iritasi dan alergik pada kulit anda.

[sunting] Diet kesihatan kulit

* Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana factor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit

[sunting] Rawatan akne dan jerawat menggunakan kaedah meditasi

Ubat-ubat akne disediakan dalam berbagai bentuk seperti: • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair) • Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan akne bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

* Emollients
* Benzoil peroksida, asid salisilik
* Hormon, termasuk pil perancang keluarga
* Antibiotik
* Retinoids - seperti Isotretinoin

[sunting] Emollients

Fungsi Emollients adalah seperti Mencairkan sisa/daki (terutama di zon T yang berminyak), menyingkirkan sel mati yang menyumbatkan Liang roma, menghasilkan kulit yang licin dan lembut dan mengekalkan lembapan di kulit. Contoh bahan seperti Balneum.
[sunting] Benzoil Peroksida, Asid Benzoik, Asid salisilik

Fungsi adalah untuk menghalang bakteria dan seterusnya menghalang pembiakan bacteria. Contoh ubat seperti:

* Akneroxid 5 / Akneroxid 10, Benzac AC, Brevoxyl, Panoxyl (benzoyl peroxide)
* Clearasil (Benzoic acid)
* Palmer's skin success acne medication (salicylic acid)

[sunting] Hormonal (termasuk pil perancangan keluarga)

Berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak, menghalang Ovulasi dan mengatur kedatangan Haid (bagi wanita sahaja) Contoh ubat seperti Diane 35.
[sunting] Antibiotik

Berfungsi untuk:

* Menyerang kuman yang boleh membuat akne bertambah teruk
* Menghalang pembiakan bakteria
* Mengurangkan kemerahan dan bengkak

Jenis antibiotik yang perlu digunakan untuk merawat masalah jerawat pula adalah:

* Aknemycin, Eryderm (Erythromycin
* C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin)

[sunting] Retinoids

Berfungsi untuk:

* Menghalang liang roma dari tersumbat
* Memberi kesan anti-radang

Jenis ubat:

* Isotrex, Oratane (Isotretinoin)
* Retacnyl, Retin-A, Stieva-A, Tretinon (Tretinoin)

Di Sebalik Fever Attack!

hari yang mencabar keimanan ku.......kepala pening...tekak sakit...mata dah mula berair...hidung pun dah mula kemerahan....badan pun dah mula panas sejuk.....sengal2 badan pun dah datang....dgn keadaan cuaca panas.....menahan ketidakselesaan diri.....

Tanda2 'fever attack'. Dengan program yg akan datang menambahkan lagi kerungsingan dan pening kepala aku. Semakin hari semakin kusut kepala aku memikirkannya. Aku nak semuanya nampak perfect. Satu impian aku biarlah hasil kerja aku menjadi kebanggaan orang tuaku. Dah banyak sangat program yg aku lalui dan sertai tapi kali ini ia adalah yang terbesar buatku. Pergorbanan terbesar dariku. Pergorbanan yang menuntut aku berjaga siang dan malam, membuat kertas kerja, menelefon orang sana-sini. Walaupun orang tengok mcm senang tapi hakikatnya hanya Tuhan je yg tahu.

Dengan 'fever attack' yang melanda diriku ini membuatkan aku dah x larat nk fikir mcm mana nk memenuhkan bas. Dan bagaikan ada keajaiban di sebalik fever acttack ini, Cikgu Da dan Cikgu Wan bersetuju nak ikut serta rombongan. Gumbiranya hati.

Bosan + Boring = Apa sebenarnya??

Actually kepala otak aku tgh pening memikirkan aku nk tambah siapa lagi utk mengisi 6 kekosongan kerusi dalam bas tu. Sia2 je klu bayar kerusi bas kalau xderk org. Ini la masalah kalau nk arrange sesuatu program. Kata mama aku kena cool tp aku x rs pun yg aku boleh cool.Bukannya aku x cuba! Aku dah cuba..Aku dah puas mencuba mslhnya aku dah x snggp lagik. Aku bukan mcm abah yg boleh terima semua cacian. Aku bukan mcm mama yg boleh pekakkan telinga. Aku bukan mcm diaorg. Panas baran kah aku ni? Hati msh muda. Cepat melenting. Iya la kot. Mcm mana aku x melenting. Mcm mana aku x mrh? Cuba korunk fikir...Dulu, klu xderk program beriya nk program. Nk sngt pergi lawatan...Nk baju ngan tudung bru. Aku dah buat. Aku dah siapkan. Aku dah belikan. Tp, korunk kutuk aku dr belakang. Korunk caci aku dr belakang. Betul aku bukan jenis org yg tahan sabar. Memang aku akan melenting tapi fikirlah sikit. Cuba la korunk duduk kat tempat aku. Baru korunk rs mcm mana lemasnya korunk kat situ. Korunk akan terkapai-kapai meminta sedikit ruang penafasan. Macam tu lah aku! Tp, korunk x faham..Korunk x sedar! Aku dh hbs daya cuba buat yg terbaik. Cuba bg korunk senang. Satu yg aku minta enjoy lah. Bukannya aku minta korunk kutuk aku.

Korunk tahu x aku letih dh buat kerja ni. Letih nak memenuhkan hati dan perasaan korunk. Biarlah perasaan aku sedikit tercalar x pe janji korunk happy. Itu je. Tapi, kali ni perasaan aku memang x dapat dibendung lagi. Memang aku terluka. Memang aku kecewa. Memang aku sedih. Dan segala-galanya adalah kekecewaan bg aku. Aku dah x reti mcm mana nak buat korunk semua rs senang dengan aku. Aku mmg dah betul2 x reti. Aku x larat, x reti, x tahu....semuanya adalah tak.

Moody

Susah sungguh nak bg semua org rs perfect! Sampai aku dh naek bengong + half a way + serabut + eii geram = naek gile dibuatnya. Program tggl lagi 8 hr...Lagi sorg buat hal tarik diri di saat2 akhir. Korg penah x cuba faham apa perasaan aku skunk? Korg cuma nk seratus peratus perfect...yg buat keje, yg contact org sana-sini, yg buat jadual, surat semua terletak atas kepala aku. Bila x buat program korg duk desak aku buat la program...buat la...tp, bila aku buat sekor haram x pnh nk beri kerja sama. Sakit kepala aku xderk org tahu pun...yg pntg korg dpt untung + gembira = senang hati dngn aku. Tp, skrg aku dh mula rs sangsi. Sangsi dngn sikap korg yg mcm ambil kesempatan.. Maaf nk kata tp hakikatnya hanya aku yg tahu. Ntah laa kali ni mmg aku frust. Sorg suka desak + suka bjaja cerita = tp segala mende nak. Makan kiri kanan. X ubah mcm lalang. Asyik nak lentok x kira tempat. Kali ni mmg aku frust. Frust yg amat sngt.

Awalnya Ngantuk malam ney....

Sungguh memang aku ngantuk yg amat malam ney...Dah x larat mata aku nk terkebil2 kat sini. Nk tggu bro tu rsnya lambat lagi. So, baiklah aku melayar kan mimpi indah ku bersama-samanya malam ini. Ha ha...funny...Ade le nnt org bawa citer aku ada bf ney...

Bro Kid, u take so long time la babe...I dah x tahan mata sngt ney...Okies so u just call me la...I know u kat sana time2 cam ney bru nk msk pg.... Sempat lagi u call...Ok

Kegilaan AuditionSEA

Mmg sukar nk aku bendung sikap aku yg memang minat gile dngn multiplayer gamez ney. Boleh jadi haru aku x main game audition ney. Ha ha lantak korunk nk ckp aku giler ke ape ke tp hakikatnya mmg mcm tu...Kenapa aku minat main game? Sebab kat situ la aku boleh meet ner friends yg gila2 mcm aku jugak. Seronok sngt biler kite boleh share mcm2 perkara dngn diaorg. Cuma kita je yg x tahu...Betul x?

I Fall In Love????

tersentak beruk aku dibuatnya terbaca emel yg kawan sekolah hantar tanya betul ke aku dah nak tunang. Ya Rabbi mulut manusia mana pulak memandai bawa cerita pasal diri aku nk bertunang ney? Tak pernah dan tak ade mana2 rombongan cik kiah yg datang melamar atau merisik pun. Tak tahu la mcm mana cerita ni boleh tersebar. Tersedak aku minum air kopi tadi taw. Kuang asam btl la saper yg bawa citer pasal aku dah nk bertunang ney. Malu laa aku!!!
Serius beb x derk saper2 yg nakkan aku ney....Dah la x cantik + kain buruk pulak tu...so saper la nakkan aku ney? Lain la orang lain yang ada ramai buah hati dan boleh la citer kat orang ramai. Kalau aku cakap aku ada bf pun saper nk percaya 'kain buruk' ney ada bf...
Okay, lets me story....Aku mmg x berminat nk kapel dalam jangka masa yang lama. Cukupla kalau Allah dah betul2 bukakan pintu hati aku untuk jumpa sesiapa pun. Malas nk fikir banyak. Biarlah orang kata "OMG, KAWAN AKU LAGI SORG DH KAWEN..AKU BILE LAGI?" ayat tu semua xderk dalam diari hidup aku. Biarkan jer. Kalau dah sampai tahap adernye lelaki dalam hidup aku tggu je lah kad undangan perkahwinan aku. Setakat bertunang dah nk menjaja cerita ke hulu hilir mmg xderk r.. Bukan jenis aku nk hang out ngan boys sesuka hati. Xderk maknernye. Kalau kat Paka ney semua kenal aku anak saper..So, kenalah jaga reputasi.
I fall in love??? Ya betul mmg aku sdg fall in love..Dengan chinese man from Singapore...Tapi, setakat situ jer laa...Xderk r terfikir nak lanjutkan hubungan ke peringkat seterusnya. I married wif him??? Memang aku dah married dngn dia tp dalam game. Auditionsea Game namanya. Memang bengong laa siapa yg percaya dengan apa yg aku klik dkt status tu...
Jangan risau kok ya pun kalau aku dah nak kawen confirm aku jemput...

p/s: pernah tahu x setiap jodoh kita sudah difitrahkan sejak berada di tali pusat lagi cuma kita x tahu siapa orang itu. So tggu sajalah sampai ia menjadi kenyataan. So, x payahla nk kisah sama ada aku dah bertunang ataupun tidak. Okies...Lalala~

Kesudian

Akhirnya aku berjaya memujuk Cik Puan kita pergi ke Melaka...Sape lagi kalau bukan Mrs Wan Aniza..Hooray....Since Cik Ja pindah ney, mcm dah lain sangat. Apatah lagi Shyda, Jijie dan Abang yg dah teda kat kawasan tu...Arghh bosannya...Want to know something time cik ja ada selamba rock je bakar ayam together-gether...ha ha...Skunk cam x best jer...Dlu relax je lepak same2 kat bawah pokok mempelam...Bes liao...Jerit pggl Shyda selamba jerk...Skunk, aku dah terperap dalam rumah sendiri. Alamatnya layan laa facebook, myspace ngan blogger. Tak pun aku melalak lagu korea yg ada kat youtube...Agak dah bosan dngr lagu aku bc la mana2 blog yg ada...Membuang rs kesunyian...Hua hua...Percaya x apa yg aku tulis ney? Subhanallah...serius beb...since shyda dah pindah xkan aku nk lepak ngan hantu dan bertemankan burung hantu kot...Fikir laa...
Kenapa aku mengajak Puan Aniza...Ney bukan kes nk memenuhkan bas k...Ney cz family vacation (konon laa beb) cz rata2 yg pergi family aku, cik zah, cik mi dan cik ju...(Opps cik ju bru lagi) So, bile cik ja amek keputusan nk join vacation ney tersenyum girang laa aku...Yg x bestnya cik awee xderk...Kuang kuang...Kena buat suggestion kat cik awee la bila nk pergi berkelah kat pantai lagi...
Biarpun 2 hr 1 malam jer pergi tp x kisah laa semua tu...Apa yg penting KERJASAMA...
Lalala~ Lagipun mmg aku dah lama nk ajak cik ja dan cik awee pergi tp ari tu cik ja cakap nk pergi mekah...Alaa relax r cik ja kita bukan pergi enjoy mana2 pun...Sekadar rombongan 'CIK KIAH' jer...Opps bukan rombongan meminang erk...Kebetulan pengerusi kita tu namanya Puan Miskiah...So, rombongan cik kiah la jawabnya....
Lalala~~~~

Missing Tasyrif

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Tak tahu kenapa today i always terfikir about my happy lucky friends Mr Tash. Saja gatal belek pic2 lame kat ASWARA then terpandang wajah Tash...Terfikir Tash, how your life now? Since dia ditahan polis kes gereja di bom Tash terus hilang. I try call him and not respond. I dunno how i can meet and found him. Rmi ckp Tash bodoh cz mempermainkan isu besar mcm tu. Mb Tash tersilap cz mempermainkan isu tu tp Tash x bodoh. Dia bukan jenis lelaki bodoh dan sewel or bengong or aper2 je la...Dia lelaki yg cerdik, penuh dngn idea bernas, dan lelaki yg suka mencari ilham dalam teater or drama. Dia lelaki yg terbaik yg penah aku kenali...Tp, since dia ditangkap polis dngn aku sekali terseret dan terheret. Terseret dngn kata2 orang dan terheret dngn perasaan rindukan dia. Tertanya2 di manakah mr tasyrif tajuddin berada? Tertanya2 bagaimanakah kehidupan tasyrif? Tertanya2 sihatkah dikau wahai sahabatku TASYRIF TAJUDDIN??? And its happen again...every time thinking bout Tash, my tears pasti akan menemani kesedihan dan kerinduan aku pada Tash..

Dear My Lovely, Tash....
How r u, Tash? How your life now? Since that case i really feel missing bout you. Tash, i hope u can survive anything yg terjadi pada u. You always be my friend biarpun my family or friends here caci or maki u...tash, i miss u so much. Go boy go! I want mr Tasyrif back! I want Mr Tasyrif since i knew u at ASWARA...Mr Tasyrif yg membawa keceriaan pada students dan lecturer....Dear God, please gv back mr Tasyrif.

Anak Perangai Macam Setan Mak Masih Lagi Mengharap

Semalam ada seorang perempuan telefon ayah aku nak pinjam duit untuk jamin anaknya yang berusia 15 tahun kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di Kerteh. Budak berusia 15 tahun ni memang menjadi kebencian pada aku sebab aku kesian dekat mak dia. Dahlah anak perangai macam tu bapak dia lagi lah. Sejak usia dia 12 tahun lagi aku dah seringkali mendengar perihal budak perempuan ni.Dengan x malunya selamba je melakukan maksiat tempat terbuka. Dah berapa ramai orang yang menangkap budak ni tp seringkali dilepaskan. Dan kali ini mak dia masih lagi nak menjamin anaknya wpun mak aku dah bg nasihat supaya dia dihantar ke pusat pemulihan akhlak tapi maknya x maw. Alasannya dia nak anaknya dinikahkan dengan laki tu. Tp, kalau dah anak perangai macam setan lelaki tu apatah lagi. Memang geram sungguh aku dgr. Mak hr2 menangis risaukan anak dia. Si ayah katanya mahu kawen satu lagi walaupun hidup melarat tp still nk tambah satu lagi. Hutang ayah aku pun x berbayar. Dan sekarang dah ada berkenan dengan anak dara muda pulak. Hari tu anak dara tua ni muda... Bengong