Syalique anak siapa?

Memang hari ni aku geram dengan budak bernama Syalique tu. Samseng bukan main. Dengan cikgu boleh mencarut, boleh maki cikgu. So, tak heran laa kalau mak bapak budak tu pu berperangai mcm tu. Tgk aje laa ayah dia tadi. Kita cakap elok2 dia maki anak dia. Bukannya nak nasihat betul2. Sebagai mak ayah bukannya kita kena bertindak memarahi budak tu depan orang ramai atau kawan2 dia. Menambahkan lagi rasa malu pada diri budak tu. Walaupun hakikatnya aku geram dan menyampah dengan budak tu tapi kesian juga tgk dia kena pukul dengan ayah dia. Aku akui sepatutnya aku bersabar dengan karenah budak tu tapi sebagai manusia aku mana lah mampu untuk terus bertahan dengan keceluparan budak tu. Dan akibatnya hari ni aku dah bagi sebiji penampar pada budak tu. Aku tak tahu sekuat mana tamparan tu dan hakikatnya budak tu terdiam sampai balik. Walaupun dah bg penampar tapi nampak sngt budak tu mencabar kewibawaan setiap cikgu yang ada dalam kelas tu. Tak semena-mena dia sengaja menolak budak perempuan ketika nak beratur dan sekali lagi dia kena penampar dengan Cikgu Da. Dalam kena penampar tu dia sempat mencarut pada cikgu Da. Memang kami terpana dan kerana dia mencarut la kami beritahu pada ayahnya. Tapi, yg malangnya kami pulak yg kena marah.Aduyai. Susah sungguh dapat mak bapak macam ney. Alasan yg diberikan mak bapak dye.."Anak dia memang selalu sebut mende2 tu"...Aduii, kau dah mak bapak dia marah la sket. Nak marah mcm mana kalau mak bapak pun selalu sebut mende tu.