Lepas Ujian Pertama...

Hari ney aku pergi ujian memandu komputer dekat e-khidmat, Dungun. Alhamdulillah sekali percubaan aku berjaya melepasi ujian komputer walaupun orang kata result tu cukup cukup makan jer...Kira okay dari aku terpaksa melakukan 2-3 kali ujian tu dan menambahkan lagi kegusaran. Walaupun aku yakin aku dapat menjawab semua soalan tu tp bru aku tahu biler duk dalam bilik komputer ada satu mende yang menyesakkan fikiran aku sama ada boleh ataupun tidak. Sebab itu laa tinggal 5 minit lagi masa aku masih lagi check soalan itu...Apapun syukur alhamdulillah sebab satu cabaran sudah aku lalui.