Kisah Pelajar Mangsa Penderaan

Kisah Pelajar Mangsa Penderaan
Pagi td cikgu wan dan cikgu da membawa seorg pelajar ke klinik. Semuanya gara-gara aku melihat telinga dia yang bernanah. Hampir sejam mereka ke klnik. Dan kisahnya pelajar bernama Zul Afiq Danial bin Zul Jamailuddin ini didera oleh ibu tirinya. Doktor Rashid yg membuat pemeriksaan di badannya melihat banyak kesan kena pukul. Bila ditanya dia hanya mendiamkan diri dan apabila didesak oleh doktor barulah dia menceritakan perkara sebenar. Afiq hanya diberi makan sekali setiap kali apabila ayahnya pulang dari kerja, dikehendaki duduk kat luar rumah. Kecederaan di telinga itu disuntik dan menurut doktor kalau ibu Afiq sekali lagi menarik telinga kemungkinan telinga Afiq akan putus dan melihat kecederaan telinga aku percaya apa yang dikatakan oleh doktor tersebut. Dan akhirnya aku menelefon bapa Afiq dan dia sama sekali tidak menyangka kecederaan pada badan Afiq. Seketika aku terpaku melihat titisan air mata bapa Afiq yang menyesal apabila doktor Rashid menceritakan kecederaan anaknya.

p/s: masih ada di dunia ini insan bergelar IBU TIRI.