Penatnya

Hari ni kawasan jiran tetangga aku melancarkan program "MARI KURUSKAN BADAN"....haha mcm funny jerk tajuk tu erk...Lantaklaa tp hakikatnya memang mcm tu....Dari jam 6.30 pg kami dah turun berjalan dan berjogging sejauh 2 kilometer...Sampai lenguh laa kaki...Sampai di rumah poco-poco pulak....Kata mereka setiap cuti jumaat sabtu akan berterusan begitu...Ye kot..Petang karang ada main bola pulak....Nak join?

Dear My Friend, Tash





Minggu ini memang dikejutkan dengan suspek penangkapan seorang pelajar seni budaya yang ditahan gara-gara komen dalam facebook. Masa aku bc dalam paper mmg aku dah agak siapa cuma aku tak pasti memandangkan sehari sebelum penangkapan memang suspek ada bergaduh dengan beberapa orang kenalan dalam Facebook. Dan akhirnya terjawab bila ada member aku yg mesej mengatakan orang tersebut adalah Tasyrif Tajuddin aka Tash. Memang aku tak terkejut pun sebab dia dah bergaduh ngan Chong dan beberapa orang lagi termasuk Daniel Niel. Dan sekarang ramai student ASK yg sedang mencari di mana Tash'si happy lucky' tu pergi. Seprti mereka aku juga cuba menelefon Tash tp nampak gayanya handphone die dah lama tertutup mungkin sejak hari itu.

Buat Tash sahabatku, kami semua mendoakan Tash berada dalam keadaan tenang skrg. Kami yakin Tash x bersalah dan jadikan kesalahan itu sbgi satu pengajaran. Rindu nak dngr suara Tash yg suka mengusik orang dan rindu nk tgk lawak Tash dalam Facebook...
Safety + Peace....amin

Kisah Pelajar Mangsa Penderaan

Kisah Pelajar Mangsa Penderaan
Pagi td cikgu wan dan cikgu da membawa seorg pelajar ke klinik. Semuanya gara-gara aku melihat telinga dia yang bernanah. Hampir sejam mereka ke klnik. Dan kisahnya pelajar bernama Zul Afiq Danial bin Zul Jamailuddin ini didera oleh ibu tirinya. Doktor Rashid yg membuat pemeriksaan di badannya melihat banyak kesan kena pukul. Bila ditanya dia hanya mendiamkan diri dan apabila didesak oleh doktor barulah dia menceritakan perkara sebenar. Afiq hanya diberi makan sekali setiap kali apabila ayahnya pulang dari kerja, dikehendaki duduk kat luar rumah. Kecederaan di telinga itu disuntik dan menurut doktor kalau ibu Afiq sekali lagi menarik telinga kemungkinan telinga Afiq akan putus dan melihat kecederaan telinga aku percaya apa yang dikatakan oleh doktor tersebut. Dan akhirnya aku menelefon bapa Afiq dan dia sama sekali tidak menyangka kecederaan pada badan Afiq. Seketika aku terpaku melihat titisan air mata bapa Afiq yang menyesal apabila doktor Rashid menceritakan kecederaan anaknya.

p/s: masih ada di dunia ini insan bergelar IBU TIRI.

Lepas Ujian Pertama...

Hari ney aku pergi ujian memandu komputer dekat e-khidmat, Dungun. Alhamdulillah sekali percubaan aku berjaya melepasi ujian komputer walaupun orang kata result tu cukup cukup makan jer...Kira okay dari aku terpaksa melakukan 2-3 kali ujian tu dan menambahkan lagi kegusaran. Walaupun aku yakin aku dapat menjawab semua soalan tu tp bru aku tahu biler duk dalam bilik komputer ada satu mende yang menyesakkan fikiran aku sama ada boleh ataupun tidak. Sebab itu laa tinggal 5 minit lagi masa aku masih lagi check soalan itu...Apapun syukur alhamdulillah sebab satu cabaran sudah aku lalui.

Syalique anak siapa?

Memang hari ni aku geram dengan budak bernama Syalique tu. Samseng bukan main. Dengan cikgu boleh mencarut, boleh maki cikgu. So, tak heran laa kalau mak bapak budak tu pu berperangai mcm tu. Tgk aje laa ayah dia tadi. Kita cakap elok2 dia maki anak dia. Bukannya nak nasihat betul2. Sebagai mak ayah bukannya kita kena bertindak memarahi budak tu depan orang ramai atau kawan2 dia. Menambahkan lagi rasa malu pada diri budak tu. Walaupun hakikatnya aku geram dan menyampah dengan budak tu tapi kesian juga tgk dia kena pukul dengan ayah dia. Aku akui sepatutnya aku bersabar dengan karenah budak tu tapi sebagai manusia aku mana lah mampu untuk terus bertahan dengan keceluparan budak tu. Dan akibatnya hari ni aku dah bagi sebiji penampar pada budak tu. Aku tak tahu sekuat mana tamparan tu dan hakikatnya budak tu terdiam sampai balik. Walaupun dah bg penampar tapi nampak sngt budak tu mencabar kewibawaan setiap cikgu yang ada dalam kelas tu. Tak semena-mena dia sengaja menolak budak perempuan ketika nak beratur dan sekali lagi dia kena penampar dengan Cikgu Da. Dalam kena penampar tu dia sempat mencarut pada cikgu Da. Memang kami terpana dan kerana dia mencarut la kami beritahu pada ayahnya. Tapi, yg malangnya kami pulak yg kena marah.Aduyai. Susah sungguh dapat mak bapak macam ney. Alasan yg diberikan mak bapak dye.."Anak dia memang selalu sebut mende2 tu"...Aduii, kau dah mak bapak dia marah la sket. Nak marah mcm mana kalau mak bapak pun selalu sebut mende tu.