KEHEBATAN NEGERI MELAKA






Memandangkan sekarang cuti sekolah, parents dah bawa kami satu keluarga melawat Negeri Melaka Bandar Bersejarah. Aku memang dah biasa dengan negeri Melaka memandangkan ibubapa angkat aku tinggal kat sana. Dah kerap kali datang sana. Tp, masa tu kecik2 lagi. Dah start sekolah menengah dah jrg aku pergi sana. Percutian baru-baru ini memang membuka luas mata aku. Dah lain sangat negeri tu. Aku sekeluarga menginap di hotel Renaissance. Cantik babe hotel tu. Terpegun aku!
Hotel kami berhadapan dengan Sungai Melaka dan satu-satunya kampung melayu kat Melaka. Memang cantik kampung tu. So, kami amek keputusan malam tu naik Melaka Cruise melewati waktu malam dengan permandangan paling indah dalam hidup aku. Apa yang menariknya, Kampung Melayu yang dikenali dengan Kampung Morten itu siap diubah suai menjadi seragam dan kerajaan juga menanggung kos eletrik. Setiap bangunan di persisiran sungai itu diubah suai dan menampakkan permandangan yang cantik bahkan bangunan deretan kedai lama juga diubah. Sepanjang kami duduk di dalam bot tu pelbagai ragam yang kami lihat. Setiap kali melalui deretan kedai, pemilik kedai pasti akan melambai tangan. Sampai di pertengahan sungai bot anda akan diberhentikan buat sementara waktu untuk menyaksikan permandangan air pancutan yang diiringi lagu yang menyeronokan. Best rasa macam segar jer kena tempias air pancutan tu.
Makan??? Okay, kami makan di sebuah kedai yang hanya masak asam pedas. Makanan yang cukup simple. Nasi putih, telur masin dan sayur taugeh. Masak asam pedas boleh la ditukarkan pelbagai jenis ikan. Tak sampai 10 minit pesanan kami sampai. Yang seronoknya aku siap boleh hirup kuah asam pedas tu sebab sedap sangat.....
Keesokan harinya, aku dan keluarga melawat Bandar Melaka. Yang seronoknya, setiap bangunan kat Melaka tu menjadi macam satu perasaan excited pada aku. Kitaorang naik Menara Taming Sari. Mula2 tu gayat gak pastu okay je laa...
Banyak menda yang aku nak cerita pasal negeri Melaka ney. Salah satunya, aku tertarik dengan kekemasan deretan kedai di tepi jalan yang menjual cencalok,belacan dll. Sumpah bukan nak kutuk negeri sendiri tapi kat terengganu xderk menda tu semua. Kerajaan Melaka memperuntukkan modal yang banyak untuk memberi kelesaan pada pelancongnya. Kalau datang kat Terengganu, yang jual menda2 tu semua kedai yang dah nk roboh.Jalan diaorang tak macam kat Terengganu yang penuh dengan gelombang. Berbonjol2 dan hampir membuatkan aku pening dan muntah. Walaupun malam tu, aku tersesat di Melaka sampai ke hutan mana aku jelajah tp xderk laa jalan yang memualkan tu. Aku sendiri x tahu agaknya berapa kali orang majlis daerah melaka mesin rumput sebab nak cri rumput yang panjang, lalang dan semak memang xderkla. Hiasan rumah2 orang pun sama jer. Walaupun rumah tu kecik tapi xderkla bersepah macam kat Terengganu. Ni tak dengan besi buruk, atap zin semua menda nak hadap depan pintu rumah. Lain di Melaka. Okay bukan niat aku nak perkecilkan Negeri Terengganu tapi hakikatnya macam tu. Dan aku nak diaorg jadikan Melaka sebagai satu contoh. Betul laa negeri diaorg kecik tapi kalau diaorg boleh perindahkan negeri diaorg dengan pelbagai pusat pelancongan xkn kita x boleh. So, fikirla sendiri.